Featured Ad

Khamis, 12 Julai 2012

Labu

Semalam balik dari kerja singgah Tesco nak beli bahan-bahan nak masak untuk dinner.Ingat nak masak lemak ayam cili api. Waaaa sedap nye, letak cili api lebih biar pedas berasap telinga Mr Mie makan.Tapi Mr Mie ni perut dia tak tahan pedas la, masuk je makanan pedas mula la sakit perut. Alahai. Perut manja la ni.

Okay la saya nak cerita pasal kisah labu ni, sebab sebelum ni saya memang tak pernah nampak spesis labu macam ni. Jadi niat di hati nak cuba campurkan masak lemak cili api saya tu dengan labu.Waduh-waduh sangat teruja ^________^

                               Yang labu macam ni memang biasa tengok kan.. Labu Lemak manis

                                           Ni la labu yang saya cakap tu.. Kulit dia kuning

                                         Harga yang tertera & nama dia LABU ZUKINI KUNING

                                    yang ni dah siap bungkus.. berapa mau boleh sendiri angkat maa

                                                     Lambakan Labu

                                         Dah siap kupas & nak masak.. macam timun pon ade gak


                                       Dah siap masak lemak ayam cili api bersama labu zukini




                                   Apa lagi di tunggu... jemput makan semua.. bismillah


 Okay la kesimpulan nye selepas makan labu zukini tu rasa dia ada sikit-sikit manis.
 Boleh la tekak saya semua boleh telan. Burppp!! Alhamdullilah ^____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan