Featured Ad

Khamis, 26 Julai 2012

Apam Mekar Di hati

Dah lama tak buat apam mekar, semalam buka puasa sempat lagi saya mengapam.

Resepi yang mudah dan ringkas.

Rasa apam ni sedap dan yang paling best kalau kita buat dia jadi gebu dan lembut.

Ni resepi dan cara-cara nak buat Apam Mekar:-

300 gm tepung gandum
200 gm gula
2 biji telor -Grade A
1 sudu kecil esen vanilla
200ml aiskrim soda - pakai yang tin punye pon dah cukup
Pewarna- ikut suka nak letak kaler apa
Acuan kertas

Cara-cara:-

  1. Panaskan kukus dengan air.Gunakan api yang maximum.
  2. Putar gula, telor, esen vanilla & ovellette sehingga kembang dan gebu
  3. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan telor tadi di selang selikan dengan air aiskrim soda sambil putar hingga gebu.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian Masukkan warna di setiap bahagian iaitu merah & biarkan satu bahagian lagi warna asal.
  5. Masukkan setiap adunan dalam plastik piping bag yang berlainan. Susun acuan kertas dalam acuan lompang & susun ke dalam pengukus.
  6. Picitkan adunan asal dalam 3/4 acuan kertas & picitkan adunan warna merah diatasnya.Buat hingga adunan selesai.
  7. Kukus selama 20 minit dengan api besar.
Dah siap.. Apam mekar di hati


 Okay selamat mencuba

Rabu, 25 Julai 2012

Adab & Sopan

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran waras sepatutnya tahu hormat menghormati antara satu sama lain.

Tapi sejak kebelakangan ni semua benda-benda macam tu dah jadi perkara biasa kat negara kita sendiri MALAYSIA.

Nak kata rakyat Malaysia ni tak belajar kat sekolah rasanya semua orang pon pergi sekolah.

 Yang jelas sekali sekarang ni sikap PENTINGKAN DIRI SENDIRI makin menjadi-jadi.

 Ni semua kira main redah je la, janji diri sendiri lepaskan.

Artikel dari The Star




SENDIRI OLANG ADE OTAK MAA.....  LU PIKIR LA SENDILI !!

Selasa, 24 Julai 2012

buku resepi

Salam semua

Buku resepi terkini yang saya beli di Tesco minggu lepas, memang banyak buku masakan tengah promosi sekarang.

Salah satu yang mencuri hati saya adalah buku ini.

Racik Tradisi
Resepi dari Chef ZAIDAH.. saya memang suka dengan cara masakan beliau
Antara resepi-resepi yang ada dalam buku
Resepi makanan ringan & kuih muih
Harga pon tak mahal cuma RM 5.90
 Lepas ni saya nak cuba masak ikut resepi dalam buku ni sebab bahan-bahan dan cara penyediaan mudah & senang di sediakan.

Jom kita masak sama-sama.

Isnin, 23 Julai 2012

pasar pudu

Cerita pasal pasar Pudu macam-macam benda ade jual kat sana. Bukan setakat jual ikan, sayur, buah-buahan je segala barang tok nenek semua ada yer.

Harga pun boleh tahan gak murah dan kita boleh tawar menawar lagi. Haaaaa.. best kan. Bawak je la duit sendiri, beli apa bende barang korang nak beli nanti. Pasar Pudu ni majoriti peniaga dia masyarakat Cina.

So semalam saya & Mr Mie pergi ke pasar Pudu beli barang-barang basah sikit umtuk masak berbuka puasa nanti, sambil tu jalan-jalan tengok apa yang ada jual kat sana.

Ni antara gambar-gambar yang sempat saya ambik semalam.

Jom la tengok apa ada kat Paso Pudu :)


Berniaga buka payung & meja je
Kedai letrik ada banyak kat sini
Card Reader melambak.. Promosi lagi


Beg
kasut branded lagi
walawey.. BEATS by Dr DRE tu...
IPAD cover
Gadjet Cover
Racing Car
Macam-macam barang
Anak Ikan dah siap bungkus
Anak ikan boleh pilih sendiri
Makanan ikan




Kan saya dah cakap macam-macam ada kat Pasar Pudu ni, ada banyak lagi, lau nak ambik semua gambar letak dalam blog ni memang tak muat la kan..

Korang boleh pegi sendiri tengok yer.

Happy shopping!!

Jumaat, 20 Julai 2012

Doa - Ramli Sarip







  Salah satu lagu kegemaran saya yang di nyanyikan oleh papa rock Ramli Sarip.

  Lagu yang berunsurkan ketuhanan.

Jom kita dengar sama-sama, korang pon mesti suka dengan lirik lagu ni.



Buat semua umat islam di muka bumi Allah ini, saya ingin  mengambil kesempatan untuk mengucapkan






 ' SALAM RAMADHAN AL MUBARAK, MOGA IBADAH PUASA KITA DIBERKATI   OLEH-NYA'


Khamis, 19 Julai 2012

Princess Husna



Husna :  mama, nanti una nak jadi princess Barbie tu boleh ke mama? Una suka la kat dia.. cantik je..

Me     :  Barbie tu mainan je.. Dia bukan manusia macam kita ni..

Husna :  Ermmm tak pe la mama, una nak jadi princess una aje la.. boleh kan mama

Me     : Yer sayang mama.. boleh sangat-sangat

Husna  : Yeayyyyyyyy!!!! una sayang mama.. i love u mama( sambil pelok & kiss pipi  mama)

Alahai anakku bertuah betul ko ye.. ko nak jadi princess Barbie pulak.

Gini lah kalau ada anak perempuan tak habis-habis dengan Barbie dia. Sampai kat umah tu dah melambak-lambak patung Barbie Husna ni, agak-agak boleh la nak meniaga balik! Hadoiii!!


 
I'm a Barbie Princess
Kadang-kadang saya yang dah tua ni pon perasan gak nak jadi Barbie!!

Hik.. Hik...

Pitamm japp!!




Selasa, 17 Julai 2012

Kerja

Morning....

Dah hari Selasa hari ni.. Seperti biasa mula kan tugas kat ofis.. Kerja kerja kerja...

Bila la nak kaya nih, tak payah la nak bekerja lagi.. huhuhu.. Berangan & berangan lagi..

Dah2 tak payah ko nak meraban & merapu pepagi ni...

Ayuhh.. mari bekerja macam saya ^____^

Ambik mood jap.. Hehehe

Isnin, 16 Julai 2012

Makan

Last weekend balik Kuala Lipis,MIL house sebab nak buat kenduri sambut ramadhan. So semua adik beradik Mr Mie pon balik la.. Saya pon jumpa la  ipar duai & biras kat sana. ;)

Biasanya kalau balik Lipis memang aktiviti keje masak & makan.. Haaaaaaa.. makan & makan lagi.. badan pon berkilo-kilo naik.. Time nak balik sarung jeans ketat tak leh nak button!! macam tu la keadaan saya kalau balik sana. Tak payah la ko nak berdiet bagai kan.. Apa ada benda makan ko sodok je la ^___^.
Lagi pon my MIL ni suka tengok kalau anak-anak dia balik dia masak & makan together.

Jom tengok apa yang kite orang masak lunch tu ari..

Jangan leleh air liyo sendiri okeh, lau leleh lu lap la sendiri. hi hi hi

Are u ready? Countdown 1-2-3




Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




Perghhhh!!!! Patin stim yang tak leh tahan tuuuuuuuuu...







Nak makan jugak!!! :p







Jumaat, 13 Julai 2012

Apple

Alooooooohaaaaaa......

Hi.. U all semua dah breakfast ke pagi ni? kadang-kadang boring la asik sarapan mihun, kuih, roti.Last tak ade pilihan lain  makan biskut kering je kat pantry ofis cicah dengan nescafe. Sudaaaa...

Hari ni sarapan pagi saya menitik beratkan aspek kesihatan la konon  ni  ^__________^
Make your life style stay healthy gituuuu ko.

Mulai dari hari ini & saat kini saya memang dah berjanji pada diri saya setiap hari saya mesti makan sebiji buah apple, untuk menjaga kesihatan perot saya. Waaaaaa semangat abis ko yer!

Bukan apa sebenarnye elok kita amalkan pemakanan yang sihat untuk tubuh badan kita, almaklum la usia kita ni makin lama makin bertambah, jadi lebih baik kita mencegah penyakit dari mengubati.

Mariiii....

                                                        My red delicious apple

                                                       Dan lagi...

                                    Feeling bajet jadi model epal jap (jangan muntah) .HAHAHA...

Amalkan gaya hidup sihat.

Pesanan khidmat masyarakat ini dari Yang Comel oppss  comel ke? (*___^)
                                                     

Khamis, 12 Julai 2012

Anak Ikan

Last week Mr Mie bersihkan aquarium dekat rumah tu sebab ikan yang sebelum ni dah sampai ajal :( sedeyyy.. Dia bela ikan lampam ala spesis-spesis ikan sungai tu. Ada la dalam 2 ekor. Ikan tu pon dah mati.

Lepas ni dia cakap nak bela ikan kecik-kecik jer. Senang cerita anak-anak ikan, nak menjaga pon senang.
Dah lepas bersihkan aquarium tu memang Mr Mie dah siap-siap beli anak-anak ikan ni kat Pasar Pudu.
Lagi satu bukan apa saya pon suka tengok ikan-ikan ni  berenang bebas dan kita rasa tenang, gembira je tengok dia ke sana kemari.

Ye la kekadang kite penat balik dari kerja tengok ikan- ikan dalam aquarium tu rasa kite pon sama nak swimming dengan dorang.. Hahaha...gile ke apa nak berenang masuk sekali dalam aquarium tu.
Hilang akal ko!

Mari tengok anak-anak ikan saya ^________^


Ke hulu ke hilir


                                                Aquarium Mr Mie :)

                                                     Nah... hidupan di air

                                Yang ni spesis tiger barb sebab ade belang-belang macam sang harimau

                                                       Tiger barb ni Mr Mie beli dalam 6 ekor

                                Ada tumbuhan-tumbuhan ala bukan yang betol pun..Fake punya maa..

                                                    Yang ni Guppy Fish.. comel...

                                                       Fugu Fish.. tau ke ape?


 Fugu ni ikan buntal yang perut buncit tu.. tapi yang ni kecik lagi so tak nampak lagi kebuntalan di perot dia.  Waaaaaaa..tak sabar nak tengok Fugu ni besar. Oh! Fugu De Buntal.







            Agak-agak nye la kalau dia semakin membesar ada jadi macam ni ke? Lariiiiiiiiiii ! ! ! !




Labu

Semalam balik dari kerja singgah Tesco nak beli bahan-bahan nak masak untuk dinner.Ingat nak masak lemak ayam cili api. Waaaa sedap nye, letak cili api lebih biar pedas berasap telinga Mr Mie makan.Tapi Mr Mie ni perut dia tak tahan pedas la, masuk je makanan pedas mula la sakit perut. Alahai. Perut manja la ni.

Okay la saya nak cerita pasal kisah labu ni, sebab sebelum ni saya memang tak pernah nampak spesis labu macam ni. Jadi niat di hati nak cuba campurkan masak lemak cili api saya tu dengan labu.Waduh-waduh sangat teruja ^________^

                               Yang labu macam ni memang biasa tengok kan.. Labu Lemak manis

                                           Ni la labu yang saya cakap tu.. Kulit dia kuning

                                         Harga yang tertera & nama dia LABU ZUKINI KUNING

                                    yang ni dah siap bungkus.. berapa mau boleh sendiri angkat maa

                                                     Lambakan Labu

                                         Dah siap kupas & nak masak.. macam timun pon ade gak


                                       Dah siap masak lemak ayam cili api bersama labu zukini




                                   Apa lagi di tunggu... jemput makan semua.. bismillah


 Okay la kesimpulan nye selepas makan labu zukini tu rasa dia ada sikit-sikit manis.
 Boleh la tekak saya semua boleh telan. Burppp!! Alhamdullilah ^____^