Featured Ad

Khamis, 26 Julai 2012

Apam Mekar Di hati

Dah lama tak buat apam mekar, semalam buka puasa sempat lagi saya mengapam.

Resepi yang mudah dan ringkas.

Rasa apam ni sedap dan yang paling best kalau kita buat dia jadi gebu dan lembut.

Ni resepi dan cara-cara nak buat Apam Mekar:-

300 gm tepung gandum
200 gm gula
2 biji telor -Grade A
1 sudu kecil esen vanilla
200ml aiskrim soda - pakai yang tin punye pon dah cukup
Pewarna- ikut suka nak letak kaler apa
Acuan kertas

Cara-cara:-

  1. Panaskan kukus dengan air.Gunakan api yang maximum.
  2. Putar gula, telor, esen vanilla & ovellette sehingga kembang dan gebu
  3. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan telor tadi di selang selikan dengan air aiskrim soda sambil putar hingga gebu.
  4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian Masukkan warna di setiap bahagian iaitu merah & biarkan satu bahagian lagi warna asal.
  5. Masukkan setiap adunan dalam plastik piping bag yang berlainan. Susun acuan kertas dalam acuan lompang & susun ke dalam pengukus.
  6. Picitkan adunan asal dalam 3/4 acuan kertas & picitkan adunan warna merah diatasnya.Buat hingga adunan selesai.
  7. Kukus selama 20 minit dengan api besar.
Dah siap.. Apam mekar di hati


 Okay selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan