Featured Ad

Khamis, 28 Jun 2012

rojak buah

Dah lama sangat tekak saya ni tak makan rojak buah.. Sebut je rojak buah waaaa kecur air liur... haaaa leleh tak? sedap kan rojak buah.. pekena plak dengan kuah dia tu.. perghhhhh wa cakap lu.. tangkeppppp!!!

Sebenarnya SIL saya ada bagi kuah rojak buah minggu lepas masa pergi rumah dia kat Bangi sebab dia & family baru je balik dari Kedah. Lepas balik kerja semalam saya & Mr Mie terus singgah ke Tesco nak beli buah-buahan untuk rojak buah tu..

Waaaa tak tahan dah ni nak makan (^__^ ) Saya pun beli nenas madu, mangga muda, jambu batu & sengkuang ( kegemaran ku) untuk nak di campur kan dalam kuah rojak yang menggoda itu. Dah sampai rumah check in dapor n kerja kan semua buah2an yang dah di beli tadi.

Apa lagi dah siap.. tadaaaaaa...

Jom makan Rojak Buah
Sedap weh!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan