Featured Ad

Khamis, 28 Jun 2012

rojak buah

Dah lama sangat tekak saya ni tak makan rojak buah.. Sebut je rojak buah waaaa kecur air liur... haaaa leleh tak? sedap kan rojak buah.. pekena plak dengan kuah dia tu.. perghhhhh wa cakap lu.. tangkeppppp!!!

Sebenarnya SIL saya ada bagi kuah rojak buah minggu lepas masa pergi rumah dia kat Bangi sebab dia & family baru je balik dari Kedah. Lepas balik kerja semalam saya & Mr Mie terus singgah ke Tesco nak beli buah-buahan untuk rojak buah tu..

Waaaa tak tahan dah ni nak makan (^__^ ) Saya pun beli nenas madu, mangga muda, jambu batu & sengkuang ( kegemaran ku) untuk nak di campur kan dalam kuah rojak yang menggoda itu. Dah sampai rumah check in dapor n kerja kan semua buah2an yang dah di beli tadi.

Apa lagi dah siap.. tadaaaaaa...

Jom makan Rojak Buah
Sedap weh!!


Selasa, 26 Jun 2012

Fire Drill

Pagi tadi dalam pukul 10.00 ade latihan kebakaran dekat bangunan tempat saya kerja ni... Kring... Kring... Kring... Loceng kecemasan berbunyi, semua orang lari ikut tangga.. haaaa ko tak payah nak pakai high heels sangat nak turun tangga kan..sebab lift dah shutdown semua..  Sarung selipar ke sandal ke sudah.. Hehehe..

Fire Drill ni memang tak tau la pihak pengurusan bangunan nak buat bila kan, so semua kene bersedia.
Nak ke tak nak ke semua kena libat kan diri, termasuk la saya (^___^)

Ok la tak mau cite banyak jom la kite lelayan gambar yang sempat saya amik tadi ek.


Assembly Points


Semua dah turun selamatkan diri masing-masing
Bantuan dari bomba yang dah sampai.. tengok tu macam betul je ade yang cedera parah.. Real tak?
Mane ambulance ni?? Alahaiii
Datang dah ambulance angkat mangsa yang cedera...






Api tak de pon, tapi lebih kurang macam ni la kalau yang betul2 punye kan..          
Tu dia sempat lagi nak pose..Me & Iera.. Sori yer gamba ni buat kepala teleng sikit nak tengok (^_*)  
Ok majlis fire drill bersurai & boleh bekeje seperti biasa.. Sekian :)

Isnin, 25 Jun 2012

Chocolate Moist Cake


Chocolate Moist Cake order from Umie Baizura.. TQ Dear

Kepada sesiapa yang nak order boleh email ke deejalicious17@gmail.com or huda.husna@ymail.com

Jumaat, 22 Jun 2012

Happy Weekend

Sekejap je dah ari jumaat hari ni... Bila sebut je pasal hari jumaat semua orang yang bekerja macam saya tak sabar-sabar nak tunggu turn Friday ni.. ala TGIF la katakan...  Hahahahahha (sambil gelak beso)

Rasa nye masing-masing dah ade rancangan apa nak buat weekend ni kan? So kita manfaat kan hujung minggu ni dengan aktiviti-aktiviti yang sihat ok.


Macam-macam boleh buat   ^___^





Mood saya macam kucing ni sekarang  (*___*)


Khamis, 21 Jun 2012

Buah Hati

Hari ni saya nak kenal kan buah hati saya. Hehehe.. Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan anak perempuan saya.
Ni nak cerita sikit.. Nama anak saya Khadeeja Husna, boleh panggil deeja atau husna, selalu saya panggil nama dia Deeja je.. Ikut mana-mana mama dia suka panggil la.. hehehe

Lahir pada 17/4/2006 sekarang dah berusia 6 tahun, Nak masuk sekolah darjah 1 tahun depan.Sekejap je rase nye dia dah membesar.Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, kita sebagai seorang  ibu amat mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kite semua.Siapa yang tak sayangkan anak sendiri kan...

Bercerita tentang Deeja memang banyak kalau nak bercerita, dengan mulutnya yang keletah, macam-macam soalan yang sering dia tanya pada saya yang kadang-kadang saya sendiri pon tak boleh nak jawab.. Hahaha..Sabar aje la mama ni ..Sekarang ni saya hantar Deeja di Tadika kanak-kanak yang berdekatan dengan kawasan rumah saya.Balik je dari tadika mesti ada lagu yang baru dia nyanyikan pada saya.

husna
Ni la buah hati mama












































































ma&deeja
Mama & Deeja... comel tak? (^_____^)

Rabu, 20 Jun 2012

Nescafe


Setiap pagi kalau sarapan hari-hari saya minum nescafe, mesti nak pekena nescafe ni :) Kalau x minum rase x best la ( ni dah kira tahap ketagih.. aiyoooo)

Tapi hari ni saya nak kongsi pasal nescafe. Ada dalam bentuk baru, bentuk berkotak & sangat comel ^__^

Rasa dia pon sedap & lain sikit x macam yang dalam tin tu. Rasa dia lebih berkrim.. Ermmm sedap kan

Bagi yang peminat & pengemar nescafe ni boleh la pegi beli yer..

Jom kite minum dulu


kotak
Sedap & berkrim saya sangat suka



Maklumat pemakanan






Last but not list ~ ~ ~ ~


Start Your Day With Nescafe (^___^)

Selasa, 19 Jun 2012

PERUT


 Jom baca sambil pegang perut masing2.. Ala comel2 ^___^


4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu,
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus
mengurangi ukuran pinggang kita.


Serat
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

Protein







Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang
panggang pula mengandungi banyak gula.

Enzim




Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Lemak Sihat

Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi
tenaga.


Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.
















OPPSSSSS!!!!!!

Isnin, 18 Jun 2012

memburu haruan

Assalamuailaikum....

Entry yang lepas saya ade cerita pasal ikan oh ikan.. Haaaaa kali ni kalau tengok tajuk je mesti dh tau kan ^______^

Semalam, saya dan Mr Mie pegi memancing kt port tu ari, dekat2 area batang berjuntai. Saje je ikut dia untuk jadi kan aktiviti hujung minggu  & sekali lagi nk jadi Man, Woman & Wild.. hahhhaa..

Misi hari ni ada lah Haruan.. yer Haruan.. tu ari x dapat kan.. kali ni datang mesti nak jugak & mesti dapat  rajin dan usaha tangga kejayaan kata Mr Mie :)

Nak tau Mr Mie dapat ke x haruan tu?

Jeng Jeng Jeng.... hehhee













 
tu diaa bile haruan naik ke darat

memburu haruan
Pancing Mr Mie berdesing2 masa dia nak tarik ikan ni
hudarasul.blogspot.com
Ikan Haruan ni boleh tahan besar dia
Mission complete.. Mr Mie puas hati...weehuuuuuuuuu






comel

Alahai comel nye..... suke tgk.. ^___^


yang comel....

Jumaat, 15 Jun 2012

remang kotaraya

Masa perjalanan nak balik ke rumah semalam, saya & Mr Mie hari-hari meredah kesesakan lalu lintas, itu dah kira perkara biasa bagi kami. Duduk kat kota metropolitan macam ni la kan.

 Dalam jalan tengah jem tu ada sesuatu yang saya nampak sungguh menakjubkan bagi kami  berdua.

Jom kita tengok sama-sama

Matahari merah di langit
hudarasul.blogspot.com
Ciptaan Allah untuk tatapan umat nya semua
Subhanallah Maha Suci Allah..

serai

Selalu kite denga serai sebagai bahan dalam masakan. Kali ni kite cuba buat air plak, Sebab ade satu restoren yang saya pegi ni sediakan menu teh o serai. Jadi saya nak cuba minum & nak tau macam mana rasa dia :)



teh o serai panas



Jemput minum :)

Hmmm sedap & unik rasa teh o serai ni, sebab dh tentu ada  rasa teh & serai.. Saya suka. Tukar selera pulak sebab selalu minum teh o limau. Selamat mencuba.

Khamis, 14 Jun 2012

si taugeh

Suka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika
makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang
langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya
taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa
khasiat taugeh kepada kita.

1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin
(canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser
leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita 
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen
sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,
serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita
secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang
haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan
taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,
begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar
lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam
hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa
mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk
dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala
kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam
kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang
dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga  padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal
bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh
membuat kita lebih muda.

*Jadi pada yang nak sentiasa MUDA jom kita makan taugeh.. awet mude gtuuu :)*
Taugeh

ikan oh ikan

 Ape tu? Tajuk je gempak pada hal nak cite pasal memancing jer.. hehehe.. Sebab kali ni saya ikut suami (Mr Mie) pegi memancing. Lagi pon saya x pernah pegi mancing memancing ni lau pancing ikan kat pasar beli terus ade la. ;p

Port memang best kt dalam ladang kelapa sawit ade sungai & lombong.
Kali ni Mr Mie nak try pancing ikan haruan.
Dia pakai umpan katak.
Eeee denga je katak udah geli geleman weh

 So ape lagi moh kite..



Ada sarang burung tempua.. comel jer


















My Mr Mie :)




Suke tgk suasana ni, tenang je dgn daun2 teratai. Subhanallah.Mase ni dh ptg, nmpak x matahri tu d kaki langit. Cantiknye..
Ni saya yang tgh boring.. hehehe

















ALhamdullilah ade gak rezeki dapat ikan, bukan haruan tpi ikan toman.. ok la tu.. puas hati la org yg mancing ni :p Fish On Fish On!!


Maka berakhir la episod man, woman & wild kiteorg kali ni. Ikan toman tu balik Mr Mie goreng.. Rasa ikan ni sedap :)

*TRUE LOVE SURVIVED ANYTHING *




























Rabu, 13 Jun 2012

Mata

Kenapa dengan mata? sebab ada pepatah cakap mata petai kan? x caya jom tengok ni





tu dia si mata petai.. sebab besa kan... Kacak2 mata petai ni ( ^_*)

Selasa, 12 Jun 2012

cempedak

mari kite berpantun.. 

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

 kenapa ade pantun hari ni, sebab semalam saya buat cempedak goreng..



                                                              tengah goreng

















dah siap goreng... sedap & manis rasenye

edible image kek

Ini adalah antara tempahan kek-kek yang saya hasil kan, mengikut permintaan pelanggan.Untuk kek harijadi selalunya yang mendapat sambutan ialah kek cokelat moist & cheese cake, terpulang mengikut citarasa anda.

                                                             transformer
                                                              princess
                                                               
kek cokelat kukus

Isnin, 11 Jun 2012

apam polkadot

                                                            apam lady bug
                                                             apam polkadot
                                                               apam polkadot
                                                            apam mekar



Apam polkadot berinti kan blue berry, cokelat, kaya dll. Warna boleh pilih mengikut pilihan sendiri. Sangat sesuai untuk sebarang majlis. Sebarang pertanyaan boleh email di deejalicious17@gmail.com